Selasa, 29 Disember 2009

Bebola Ikan Mengandungi Plasma Darah Haiwan


Muslim perlu waspada campuran plasma darah dalam makanan

Oleh Jami'ah Shukri

KAJIAN Fakulti Sains dan Teknologi, Universiti Sains Islam Malaysia (Usim) ke atas 12 sampel isi daging ikan (surimi) digunakan dalam bebola ikan yang diambil daripada beberapa pasar raya di sekitar Putrajaya dan Nilai, Negeri Sembilan didapati mengandungi bahan tidak halal dalam produk berkenaan.

Kajian awal yang dilakukan itu mendapati bebola ikan berkenaan mengandungi plasma darah haiwan yang dicampurkan di dalam ramuan bebola ikan bagi menambahkan kualiti bebola ikan, selain mencantikkan produk itu supaya nampak lebih kenyal dan gebu.

Pensyarah Fakulti Sains dan Teknologi Usim, Prof Dr Salmah Yusof, ketika mendedahkan hasil kajian itu menyatakan plasma darah kaya dengan protein yang boleh membantu memberi ciri-ciri yang lebih baik serta kualiti kepada sesuatu produk makanan seperti kekenyalan, mudah dihiris dan berwarna putih.

Lazimnya, beliau berkata, semua bahan itu boleh diperoleh daripada plasma darah ternakan seperti ayam, lembu dan babi. Katanya, penggunaan plasma darah ternyata tidak dibenarkan di dalam Islam kerana ia adalah haram.

“Kajian yang dilakukan bulan lalu, mendapati bebola ikan itu positif daripada bahan tidak halal iaitu mengandungi plasma darah haiwan. Kita juga akan melakukan kajian secara menyeluruh sedikit masa lagi bagi mendapatkan maklumat lengkap mengenainya.

“Kita menggunakan `teknik enzime linked immuno sorbent assay` (Elisa), iaitu teknik yang lebih cepat dari segi dapatan kajian dan lebih menjimatkan masa,” katanya ketika ditemui pada seminar Minggu Pelancongan Islam dan Halal Antarabangsa, baru-baru ini.

Surimi dijadikan bahan kandungan asas bagi produk seperti sosej, bebola ikan, udang, ketam, mee, isi ketam tiruan produk makanan lain.

Justeru, tidak mustahil, hasil kajian menunjukkan untuk meningkatkan dan mengekalkan kestabilan kualiti surimi, protein plasma darah haiwan dicampur ke dalam surimi. Plasma adalah bahagian cecair yang tidak berwarna sebahagian daripada darah. Secara sederhana, ia diasingkan daripada darah melalui kaedah pengemparan. Selepas diasingkan, plasma ini dikeringkan dengan alat pengering sembur sehingga berbentuk serbuk.

Salmah berkata, ketika ini, pihaknya belum melaporkan hasil kajian berkenaan kepada Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) dan Persatuan Pengguna Islam Malaysia mengenai produk itu daripada pasar raya di Putrajaya dan Nilai berkenaan didapati tidak halal atas alasan tertentu.

Bagaimanapun, bagi memenuhi tanggungjawab sebagai umat Islam, beliau melalui pembentangan kertas kerja atau ceramah yang dihadiri akan menyebarkan maklumat mengenai isu halal haram ke atas produk makanan.

Katanya, berdasarkan pemerhatiannya dan maklumat dan pengetahuan, seseorang boleh tahu dan mencurigai sesuatu makanan atau minuman yang dibeli itu halal atau sebaliknya.

Sebagai contoh, bentuk fizikal bebola ikan yang dilihat cantik, sempurna dan berkualiti pembuatannya seperti kenyal lazimnya mengandungi plasma darah haiwan.

“Oleh itu, orang ramai seharusnya prihatin apabila ingin membeli produk berasaskan produk isi daging seperti bebola ikan, ketam atau sosej kerana ia mungkin mengandungi bahan yang tidak halal.
Kita perlu ada sifat ingin tahu dan sensitif mengenai perkara ini supaya tidak termakan bahan halal.

“Malah, dalam hadis riwayat At-Tabarani juga menjelaskan setiap daging yang tumbuh daripada yang haram, maka api neraka lebih layak baginya,” katanya.

Salmah berkata, keraguan terhadap penggunaan plasma darah haiwan dalam makanan juga sudah banyak disebarkan di dalam jurnal oleh pakar saintis yang sering memberi penekanan mengenai kewujudan plasma darah haiwan ke dalam beberapa produk makanan.

Beliau menegaskan, tidak mustahil bahan sama digunakan dalam produk berkaitan di negara ini.

Justeru, Usim juga akan memperluaskan kajian ke atas produk berasaskan sosej, tahun depan.

Mengulas lanjut, Salmah berkata, kerjasama menyeluruh membabitkan pelbagai pihak bermula dari peringkat industri, pakar, pengkaji dan Jakim serta agensi berkaitan perlu dipergiatkan bagi menangani kesedaran mengenai isu halal termasuk produk makanan, kosmetik, minuman dan farmaseutikal.

Sumber Berita Harian 28 Disember 2009

Sabtu, 25 April 2009


TEMPAT BERSEJARAH




RUMAH KELAHIRAN DR. MAHATHIR



Pada 20 hb Disember 1925, Y.B Tun Dr. Mahathir Mohamad, Perdana Menteri Keempat Malaysia telah dilahirkan di rumah nombor 18, Lorong Kilang Ais, Alor Star, Kedah. Rumah kayu beratap nipah ini dibeli oleh ayah beliau, Mohamad bin Iskandar dari seorang penjual yang masa itu hendak mengahwinkan anaknya. Semasa dibeli, rumah ini tidak dicat dan mempunyai satu bilik sahaja mempunyai serambi tetapi tidak bertangga di hadapan. Rumah ini menggambarkan kehidupan zaman kanak-kanak Tun Dr. Mahathir. Di sinilah beliau dibesarkan sehingga berkahwin. Walaupun selepas beliau berpindah ke rumah sendiri di Titi Gajah, beliau tetap berkunjung ke rumah ini untuk menziarahi ibu bapa beliau.

Projek membaik pulih Rumah Kelahiran Mahathir Mohamad ini adalah atas cadangan Lembaga Muzium Negeri Kedah. Dalam mesyuaratnya pada 21 Ogos 1990, Lembaga telah mencadangkan pihak Arkib Negara dipertanggungjawabkan untuk mengambilalih dan memelihara rumah tersebut di bawah projek Arkib Perdana Menteri. Pihak Lembaga Muzium Negeri Kedah telah mendapat kebenaran bertulis daripada Y.A.B. Dato Seri Dr. Mahathir Mohamad dan saudara-maranya melalui surat bertarikh 29 Jun 1990 untuk dibaikpulih bagi maksud pemuliharaan. Rumah ini diperolehi oleh Arkib Negara pada Mei 1993. Usaha memulihara dan memperbaiki rumah ini adalah untuk menyelamatkan tempat yang mempunyai nilai sejarah ini daripada lupus.

Projek untuk membesarkan Kompleks Rumah Kelahiran Mahathir Mohamad ini diteruskan pada tahun 2000 dengan membina beberapa ruang tambahan bagi mempamerkan gambar-gambar dan artifak mengenai Tun Mahathir Mohamad serta membaik pulih bangunan kilang ais yang terletak berhampiran dengan rumah kelahiran ini kerana kilang ais ini mempunyai satu nilai dan memori kepada Tun Dr. Mahathir sendiri. Ruang-ruang yang baru dibina ini adalah di dalam bentuk rumah tradisi melayu seperti Rumah Bujang, Rumah Bumbung Lima dan Rumah Bumbung Panjang. Selain menempatkan ruang pameran, pembesaran kompleks ini juga memberi lebih keselesaan kepada pelawat-pelawat dengan menyediakan ruang-ruang seperti auditorium, surau, tandas awam, wakaf dan tempat letak kenderaan.



Rumah Kelahiran Mahathir

The wooden attap house was bought by Mohamad Iskandar when he wanted to marry off his children. It was built in 1900. When he bought the house, the house has only one room with no electricity. It has wooden flooring and the ceiling was made from white cloth. Mahathir was born here on 20th December 1925. He lives there until he was married and moved to his own house in Titi Gajah. Even then Mahathir will always commute to this house to visit his mother.
A visit to Datuk Seri Dr Mahathir Mohamad's birth place will give you a different perspective of the life of this revered leader.
He was born in Alor Star on Dec 20, 1925 at No 18 Lorong Kilang Ais, off Jalan Pegawai. His home has seen been designated a historical building and was restored by the National Archives in 1992.

When visiting this place, you will be able to view items from his childhood to his schooldays to the time he became a doctor. There are photos, furniture and other household items. You can even take a look at his old bicycle!

Rumah Kelahiran Mahathir Mohamad
20 Disember 1925, Tun Mahathir telah dilahirkan di rumah nombor 18, Lorong Kilang Ais, Jalan Pegawai, Seberang Perak, Alor Setar, Kedah.

Rumah ini telah dibina pada tahun 1900. Rumah kayu beratap nipah ini dibeli oleh ayah beliau, Mohamad bin Iskandar drpd seorang penjual yg masa itu hendak mengahwinkan anaknya.

Semasa dibeli rumah ini tidak dicat dan mempunyai satu bilik sahaja, dan mempunyai serambi tetapi tidak bertangga di hadapan.

Usaha untuk membaik pulih rumah ini dilakukan pada tahun 1992 oleh Arkib Negara, dijadikan pameran dan khazanah negara.

Mahathir adalah satu-satunya Perdana Menteri yang bukan berketerunan bangsawan. Ayahnya seorang guru berbahasa inggeris di sebuah sekolah. Ibunya pula mempunyai talian darah dengan pembuka terusan Wan Saman, iaitu Wan Saman. Panggilan manja ibunya kepada Mahathir ialah C.H.E Det.

Mahathir tidak pernah makan ikan (kecuali sardin, ikan bilis) semasa beliau kecil sehingga lah dewasa kerana menurut emaknya memakan ikan mengakibatkan cacing di dalam perut.


Replika Tong Padi.

Replika Kereta Roda yang dinaiki Mahathir untuk ke sekolah.

Basuh kaki sebelum masuk Rumah Pameran. Adat orang Melayu.

Pintu masuk Rumah Pameran. Terdapat dua Rumah Pameran.

Rumah Bumbung Lima (Pameran 1)
Mempamerkan bahan2 berkaitan Biografi, latar belakang keluarga, pendidikkan, kerjaya dan juga penulisan2 beliau.

Rumah Bujang (Pameran 2)
Mempamerkan artifak/gamba2 mengenai kegiatan Mahathir dalam politik dr peringkat awal sehingga menjadi PM.

Sekitar Kawasan Rumah Pameran Dr. Tun Mahathir Mohammad.

Pameran Kilang Ais terletak bersebelahan Rumah Kelahiran Mahathir.

Kilang Ais ini adalah merupakan kilang ais yang pertama di Alor Setar. Rumah Tun Dr Mahathir terletak berhampiran dengan kilang ini. Bangunan kilang ais ini telah dibuat konservasi dan dikekalkan untuk pameran. Juga untuk menggambarkan kegigihan bagaimana seorang anak melayu yg belajar dalam suasana kebisingan mampu mencatat kejayaan sebagai seorang doktor dan pemimpin negara.

Sekitar Kilang Ais

Nasi Kandar Aina. Promote tempat makan tgh hari di alor setar.


Sila gunakan resolusi skrin bersaiz 1024 x 768 dan keatas untuk mendapatkan paparan web tanpa masalah.
Menu Utama
• Laman Utama
• Artikel Dan Dokumentari
• Berita Dan Pengumuman
• Galeri Gambar
• pautan web
Daftar Masuk
Nama Pengguna

Kata Laluan

Ingatkan saya


Lupa Kata Laluan?

Daftar Akaun Baru

Komuniti
None
Bahasa
• Bahasa Kedah : Tekoh
• Bahasa Kedah : Reban
• Bahasa Kedah: Sen dan kupang
• Bahasa Melayu Kedah Di Selatan Myanmar
• Bahasa Kedah: Ketegaq
Destinasi
• Melawat Muzium Padi
• Pulau bunting
• Muzium Padi
• Rumah Kelahiran Mahathir Mohamad
• Pusat Rekreasi Air Panas Ulu Legong
Menjejak Lokasi
• Jeti Kuala Kedah
• Alamat JPJ Negeri Kedah
Menjejak Sejarah
• Alatan Tradisional - Batu Tumbuk
• Alatan Tradisional - Batu Giling
• Alatan Tradisional
• Filem QUEEN OF LANGKASUKA
• Ulama dan institusi pondok di Kedah - Gambar-Gambar Pondok
Seni, Warisan Dan Budaya
• Diskusi Hala Tuju Kebudayaan Kedah
• Wayang Kulit Seri Asun - Peralatan Wayang Kulit
• Wayang Kulit Seri Asun - Latar Belakang Peribadi
• Wayang Kulit Seri Asun - Cerita
• Wayang Kulit Seri Asun - Persembahan Wayang Kulit
Coretan Anak Kedah
• Dasar Sosial Perlu Dilestarikan Lagi
• Pancing kerapu di Titi Pulau Bunting
• Cerita Pekan Kuala Kedah Waktu Dulu...
• Cerita Bolasepak Di Kuala Kedah Di Tahun 60-an dan 70-an
• Mana P minyak nyok di KEDAH
Setempat
• Orang Kedah Tidak Susah Tidak Miskin
• Azizi Menulis - Mana ‘Amar Makruf, Nahi Munkar’?
• Maksiat di Pantai Leman, Kuala Kedah
• Pasar Seberang Kota : Ikan segar dari perahu nelayan
• Yan Daerah Pelancongan
Personaliti
• Tan Sri Tajuddin Ramli
• Setelah enam tahun, kehilangan Ustaz Fadzil masih terasa
• AMAR

Rumah Kelahiran Mahathir Mohamad



Ditulis oleh Fuadi
Sabtu, 15 September 2007 23:19


Lokasinya terletak di Jalan Pegawai, berdekatan lampu isyarat Seberang Perak dan bersebelahan kilang ais lama. Semasa kali pertama kmi datang ke sini dulu cuma ada sebuah rumah lama iaitu rumah kelahiran Tun Dr Mahathir Mohammad. kini beberapa buah rumah yang diperbuat dari kayu yang berkonsepkan rumah dulu-dulu dibina di sini dan ada yang berfungsi sebagai balai pameran, auditorium, dan surau. Beberapa wakaf juga ada sebagai tempat berteduh dan merehatkan diri.
Kami masuk ke dalam salah sebuah balai pameran. Di dalamnya ada pelbagai catatan sejarah dan beberapa barangan sejarah di pamerkan. selain itu ada juga catatan dan gambar-gambar yang menceritakan tentang sejarah keempat-empat bekas perdana menteri Malaysia. Di dalam rumah lama pula dipamerkan catatan dan barangan yang digunakan Tun Dr Mahathir semasa kecil dan meningkat dewasa .

Ada beberapa replika dipamerkan di sini antaranya ialah replika tong padi dan sebuah lanca. Tong padi suatu ketika dulu di gunakan sebagai alat untuk mengasingkan padi dari tangkainya. Ia dilakukan dengan cara seberkas tangkai padi dipegang kemudian dihempas dengan kuat pada kayu yang ada dalam tong padi. Dengan cara ini, biji padi akan terlerai dari tangkainya. Lanca pula adalah sejenis alat pengangkutan yang digunakan pada suatu masa dulu.


Selain dari balai pameran, kilang ais lama yang sudah tidak digunakan juga telah dibaikpulih menjadi muzium. Di dalamnya dipamerkan bagaimana kilang ais itu beroperasi. Alatan-alatan yang telah digunakan untuk membuat dan memproses ais suatu ketika dulu juga dipamerkan di sini. Semasa memasuki kilang, secara automatik skrin tv didalam kilang akan memainkan audio video yang memaparkan sejarah dan bagaimana kilang ais ini beroperasi. Sebelum pulang, sekiranya anda inginkan cenderamata sebagai barang kenang-kenangan, Kedai cenderamata ada di sini.



Jika ingin mengetahui apa yang menarik di sini, dialu-alukan datang berkunjung ke sini. Sewaktu cuti am, banyak pelancong dari dalam dan luar negeri Kedah datang ke sini. Sewaktu kami di sini, ada kelihatan rombongan sekolah dari Pulau Pinang dan pelancong dari thailand datang melawat.


Waktu lawatan :
Selasa - Ahad : 10.00 pagi - 5.00 petang
Jumaat : 10.00 pagi - 12.00 tengahari
3.00 petang - 5.00 petang
Ditutup pada hari Isnin kecuali cuti am dan cuti sekolah.

Alamat :

Lorong Kilang Ais,
Jalan Pegawai, Alor Star
Kedah Darul Aman

Peta Lokasi Rumah Kelahiran Mahathir Mohamad:
JavaScript must be enabled in order for you to use Google Maps.
However, it seems JavaScript is either disabled or not supported by your browser.
To view Google Maps, enable JavaScript by changing your browser options, and then try again.
















Lokasi Rumah Kelahiran Tun Dr Mahathir Mohamad







Map data ©2009 Tele Atlas, AND, MapIT - Terms of Use




Map
Satellite
Hybrid
Terrain
Earth

Comments Add New
Search



NAZEM ZAHIR BIN ZAKARIA - pertanyaan ?????? |60.49.138.xxx |2008-04-27 21:32:52

BAGAIMANA SAYA HENDAK MENDAPATKAN LAMAN WEB MENGENAI SEJARAH HIDUP TUN DR MAHATHIR SEMENJAK LAHIR
HINGGA TAMAT MENJADI PERDANA MENTERI KERANA SAYA STUDENT PTPL KB INGIN MEMBUAT PRESENTATION SKILL
PADA MIONGGU HADAPAN

Reply | Quote
13
5




mohd zaim haidhar b. norsaid - rumah ini memang patut dilawati |202.60.56.xxx |2008-07-23 01:04:11

datanglah rugi kalau tak datang


Reply | Quote
3
2




mohd zaim haidhar b. norsaid - seronok datang ke sini |202.60.56.xxx |2008-07-23 01:09:41






RUMAH KELAHIRAN MAHATHIR MOHAMAD


Pada 20 hb Disember 1925, Y.B Tun Dr. Mahathir Mohamad, Perdana Menteri Keempat Malaysia telah dilahirkan di rumah nombor 18, Lorong Kilang Ais, Alor Star, Kedah. Rumah kayu beratap nipah ini dibeli oleh ayah beliau, Mohamad bin Iskandar dari seorang penjual yang masa itu hendak mengahwinkan anaknya. Semasa dibeli, rumah ini tidak dicat dan mempunyai satu bilik sahaja mempunyai serambi tetapi tidak bertangga di hadapan. Rumah ini menggambarkan kehidupan zaman kanak-kanak Tun Dr. Mahathir. Di sinilah beliau dibesarkan sehingga berkahwin. Walaupun selepas beliau berpindah ke rumah sendiri di Titi Gajah, beliau tetap berkunjung ke rumah ini untuk menziarahi ibu bapa beliau.

Projek membaikpulih Rumah Kelahiran Mahathir Mohamad ini adalah atas cadangan Lembaga Muzium Negeri Kedah. Dalam mesyuaratnya pada 21 Ogos 1990, Lembaga telah mencadangkan pihak Arkib Negara dipertanggungjawabkan untuk mengambilalih dan memelihara rumah tersebut di bawah projek Arkib Perdana Menteri. Pihak Lembaga Muzium Negeri Kedah telah mendapat kebenaran bertulis daripada Y.A.B. Dato Seri Dr. Mahathir Mohamad dan saudara-maranya melalui surat bertarikh 29 Jun 1990 untuk dibaikpulih bagi maksud pemuliharaan. Rumah ini diperolehi oleh Arkib Negara pada Mei 1993. Usaha memulihara dan memperbaiki rumah ini adalah untuk menyelamatkan tempat yang mempunyai nilai sejarah ini daripada lupus.

Pameran terbahagi kepada dua bahagian :
1. Bahagian Dalam
2. Bahagian Luar

Waktu Lawatan
Hari Masa
Selasa hingga Khamis 10.00 pagi - 5.30 petang
Jumaat 10.00 pagi - 12.00 tgh
3.00 petang - 5.30 petang
Isnin (kecuali semasa cuti umum dan cuti sekolah) Tutup
Masuk adalah PERCUMA.
No. 18, Lorong Kilang Ais,
Tepi Jalan Pegawai,
Seberang Perak,
05000 Alor Setar,
KEDAH DARUL AMAN.
No. Tel : 04-7722319



















Rumah Kelahiran Mahathir

Di teratak kayu inilah, lahirnya seorang pemimpin bertaraf dunia, YAB Dato' Seri Dr. Mahathir Mohamad telah dilahirkan pada 20 Disember 1925. Rumah ini telah dibeli oleh Mohamad Iskandar daripada seorang penjual yang pada masa itu hendak mengahwinkan anaknya. Rumah ini telah dibina pada tahun 1900. Ketika dibeli dahulu, ianya cuma mempunyai satu bilik sahaja dan tidak berelektrik. Berlantaikan papan dan bahagian anjung bersilingkan kain putih. Dr. Mahathir telah tinggal di rumah ini sehingga berkahwin dan berpindah ke rumahnya sendiri di Titi Gajah. Kini rumah tersebut menjadi mercu tanda bagi penduduk Negeri Kedah agar ianya dapat dijadikan sumber inspirasi kepada generasi akan datang.

Jumaat, 9 November 2007

TEORI PSIKOLOGI

Teori Andragogi
Ini adalah teori yang dikeluarkan oleh Knowles (1975) di mana ianya menghuraikan pendekatan yang perlu diambil di dalam mengajar golongan dewasa. Knowles (1975) menekankan bahawa golongan pelajar yang matang memandu diri sendiri dan bertanggungjawab untuk membuat keputusan. Program pembelajaran golongan pelajar yang matang perlu mengambilkira aspek asas ini. Knowles (1975) membuat andaian di bawah terhadap reka bentuk pembelajaran untuk golongan dewasa iaitu :

a. Golongan pelajar matang kena tahu kenapa mereka perlu belajar.
b. Golongan pelajar matang perlu belajar kendiri.
c. Golongan pelajar matang mendekati proses pembelajaran dengan
kaedah penyelesaian masalah.
d. Golongan pelajar matang akan mempelajari sesuatu topik itu dengan baik
sekiranya mereka menyedari kepentingan topik tersebut.
Prinsip asas yang terdapat pada teori ini ialah :
a. Golongan dewasa perlu terlibat di dalam perancangan dan penilaian
pengajaran mereka.
b. Pengalaman menjadi asas kepada aktiviti pembelajaran.
c. Golongan dewasa begitu berminat untuk mempelajari subjek yang
mempunyai hubungan dengan kerjaya mereka dan kehidupan mereka.
d. Proses pembelajaran lebih berpusat kepada masalah berbanding dengan
berpusat kepada pengisian.

Rabu, 6 Jun 2007

TEKANAN DI TEMPAT KERJA

Stres pekerjaan berlaku apabila pekerja menghadapi tuntutan dan tekanan kerja yang tidak sepadan dengan pengetahuan dan kebolehan mereka.

Punca-punca Tekanan Pekerjaan

1. Objektif dan struktur organisasi yang kurang jelas.
2. Perkembangan kerjaya, status dan gaji yang tidak memuaskan.
3. Peranan yang berkonflik.
4. Tugas yang membosankan dan tidak bermakna.
5. Kerja yang terlalu banyak atau terlalu sedikit.
6. Waktu kerja yang terlalu panjang dan tidak anjal.
7. Konflik dan kurang sokongan dariapda rakan sekerja atau pihak atasan.
8. Konflik di antara tuntutan kerja dan rumah.